Pemberian penyapu oleh Khir Toyol sebagai simbolik kepada kegagalan dua agensi dalam mengutip penuh cukai masih menjadi topik panas di parlimen dan juga di akhbar-akhbar La La Land.
Hari ini di Utusan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, banyak lagi cara selain diberikan penyapu. “Tidak salah kalau kita beri keris atau tanjak sebagai simbol peringatan kepada agensi yang tidak cemerlang. “Ini rekod dunia. Belum pernah ada negara yang mengaibkan agensi yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dengan memberi penyapu sebagai tanda peringatan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Kita rakyat biasa, dan sudah menjadi rutin, terpaksa menerima cerita-cerita kebodohan pemimpin-pemimpin, korupsi, ketidak adilan dan segala keburukan tanpa mempunya hak untuk menyuarakan ketidak puasan hati. Tetapi kawan-kawan sekalian, sebulan lebih dari sekarang, kita mempunyai hak untuk membuang undi. Justeru itu, undilah berdasarkan ketelusan polisi, kewibawaan pemimpin dari aspek personaliti dan ilmu dan bukannnya berdasarkan kekayaan, dan fikirkanlah juga undi kita untuk generasi masa hadapan.
Janganlah kita menghinakan diri sekali lagi di mata dunia dengan rekod 'agensi kerajaan menerima penyapu kerana tidak cemerlang dalam melaksanakan tugas'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment